SOLAT MEMBINA PRIBADI BERJIWA BESAR | |
Kalau benar sembahyang dibuat bukan setakat ilmu, tapi difahami dan dihayati, akan lahirlah manusia yang berjiwa besar. Bangsa yang kuat adalah bangsa yang berjiwa besar. Bagi bangsa yang berjiwa besar, tidak ada gunung yang sebegitu tinggi. Tidak ada lautan yang tidak boleh diseberangi dan tidak ada lurah dan gaung yang tidak boleh diharungi. Ertinya tidak ada kecewa, buntu dan putus asa baginya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kebesaran-Nya tetapi terasa kebesaran-Nya. Satu Zat yang tidak dapat dibayangkan kuasa-Nya tetapi terasa kuasa-Nya. Satu Zat yang tidak nampak kewujudan-Nya tetapi terasa wujud-Nya. Tidak hebatkah? Kalau dihayati sembahyang, kita akan terasa terlalu hebatnya Tuhan hingga terasa besarnya jiwa kita kerana dapat bersandar kepada satu Zat yang Maha Hebat. 3. Lantas kerana kesempurnaan-Nya, Tuhan boleh buat apa sahaja. Tuhan suruh kita minta apa sahaja keperluan dari-Nya. Di antara yang disuruh minta ialah Siratal mustaqim yakni minta jalan yang lurus supaya tidak tersesat ke jalan syaitan dan Yahudi. Dia juga suruh kita minta ampun, minta hidayah dan rezeki. Begitu sekali Tuhan bersedia melayani kita. Kita serah dirilah kepada-Nya dan mintalah segala apa yang kita kehendaki kerana Dia mampu mengadakannya. Tidak hebatkah kalau kita berkawan dengan Kuasa seperti itu? |